Tuesday, December 23, 2008

Interbiu bersama Jemay

Berikut ialah transkrip interview oleh Jemay setelah merepek di blog Azman.

Jemay: Pekaba abe halim? Beyeh² belako? (sambil mencari recorder dlm beg galasnya tidak perasan yang Halim sedang hulur tangan nak bersalam)
Halim: Huh Boleh tahan sombong mamat kelantan nih.

Jemay: Bukan main hepi lagi skarang ni, ape yang buatkan anda hepi lain macam ni? cita aa sket..
Halim: Dengan izin allah dipermudah kan urusan dunia kita, dan dilapangkan masa kita, dikurangkan stress kita dan di anugerahkan dengan jodoh yang baik, alhamdulillah, tetapi dia juga masih menginatkan kita ke-hepi-an boleh diambil balik bila-bila masa sahaja tanpa peringatannya, dari itu beringatlah semasa hepi dan beringatlah semasa duka, kerana semua itu tidak lama, termasuk lah hidup kita.

Jemay: Lama betul tak jumpe abe kite ni, rindu tak kat geng2 dulu? (sambil tunding kat diri sendiri)
Halim: ye saudara, seperti peribahasa orang tua, air dicincang takkan putus, terutama nya kalau air tuh dari Australia, gambar, blog dan facebook sahaja lah menjadi pengubat rindu.

Jemay: Ook ok..saya datang dari kelantan ni jauh ni bang, takkan tanye soklan tu je kan..jadinya. Apakah plan anda sblm anda kembali ke jb dari Brisbane dahulu?
Halim: Plan saya sebenarnya ialah, taknak berkerja dengan orang lagi, maksudnya taknak jadik employee, tetapi allah telah mem-plankan sesuatu yang luar dari jangkaan saya, seperti semasa saya dapat berkenalan dengan Azman, yang saya kenal masa nak beli nasik beryani masa kat Brisbane dulu, jadi kita kena selalu bersedia, semuanya untuk diri kita, tak perlu saya ceritakan musibah yang ditempuh, kerana anugerah yang diperolehi membuatkan musibah itu tak seberapa.

Jemay: Anda ini di antara Itee yang dasyat yang penah saya jumpa selain kazen anda. Apa yang bestnye keje di Australia dulu kala? Pro & cont?
Halim: saya takdelah dasyat mana, sebab supervisor saya yang sekarang lagi dasyat, dan kazen saya tuh pun di-iktiraf ke-dasyatannya, pro semasa berkerja di Australia dulu ialah saya dapat jumpa lebih ramai orang, kenal cara-cara kerja orang, dan yang paling saya tidak boleh lupa ialah, dapat menyaksikan sendiri bagai mana sebuah masalah dapat di selesaikan dengan pelbagai cara, tetapi pergi ke penyelesaian yang sama, contohnya bagaimana nak makan nasik tanpa menggunakan jari, jadi orang cina memilih copstik manakala orang barat guna garpu, macam tuh lah lebih kurang.
Cont pula ialah saya secara tidak langsung mengabaikan rakan-rakan di Malaysia, membuatkan mereka ingat saya telah melupakan mereka dan berubah taste.

Jemay: Adakah 2 years plan anda yang anda rancangkan 2 tahun lepas telah capai? dan 10 years plan anda dari sekarang ape pula?
Halim: Berani saya katakan semua plan saya 2 tahun lepas taksatu pun tercapai, kecuali menglangsaikan pinjaman kereta dan kerja yang bagus, manakala dalam 10 tahun saya tak nak buat apa-apa plan lagi, kerana pembolehubah untuk 10 tahun terlalu banyak, saya biasanya buat plan untuk 1 tahun.

Jemay: Macam mana anda bley berkecimbung dalam arena IT ni? adakah sbb anda lihat byk sangat cerita Stargates? Waktu darjah satu dulu ape cita² anda yang pernah anda karang?
Halim: sebab utama saya berkecimpung dalam dunia IT ialah kerana masa sekolah rendah dulu saya suka menolong abah menaip nota-nota kuliah, ianay terus berlanjutan sehingga saya didalam menengah rendah, saya sebenarnay ingin menjadi seorang pakar bahasa, tapi oleh kerana saya dimasukkan ke sekolah berasrama, cita-cita itu semacam pudar, olehkerana budak-budak sekolah berasrama agak kerek sebab join kelab komputer dan saya tak join kelap komputer langsung, so bila mereka dengan riaknya menunjukkan hasil kerja komputer mereka yang tak seberapa, saya lebih suka tak layan mereka sebab bagi saya itu semua hasil kerja budak-budak biginer yang comot, jadi saya bercita-cita untuk jadi seorang chef tersohor malaysia, malangnya terdapat halangan dari keluarga, takut-takut saya jadik sutun, jadi lepas habis SPM tanpa tunggu apa-apa result saya apply diploma IT supaya tak membuang masa, setelah habis belajar baru saya sedar yang dunia IT sangat besar dan saya telah bertekad untuk mendalami ilmu network, dan jadilah saya seperti hari ini.

Jemay: Adakah anda seorang yang disiplin? penah jadi pengawas skolah atau anti terhadap mereka?
Halim: saya sebenarnay dibesarkan dalam suasana displin yang ketat, mungkin kerana itu lah saya seorang yang anti pengawas sekolah semasa bersekolah rendah, tetapi masa sekolah menengah semua pengawas jadik kawan saya, termasuklah cikgu displin, mungkin sebab kebanyakkan mereka ialah rakan sebaya emak dan anak-anak mereka.

Jemay: One word describe yourself? Kenape?
halim: pendiam, kot, sebab kalau banyak sangat cakap nanti tekak kering.

Jemay: A _ a k = anak, A _ a m = ???
Halim: kalau A_ak = anak oleh itu secara logiknya A_am = Apam, ada sebuah gerai apam balik yang menjual apam dengan inti pulut hitam dan kelapa yang sangat lazat di pasar malam taman teratai, yang cuma adik saya tahu bagaimana untuk menempah nya, jadi kalau dia balik dan hari tuh ada pasar malam mesti dia belikan saya.

Jemay: Perkara paling gila yang penah anda buat?
Halim: perkara paling gila yang saya pernah buat di malaysia ialah, memindah kan almari baju dari bilik tingkat bawah ke bilik tingkat atas melalui balconay seorang diri dengan menggunakan seutas tali nilon dan tangga tanpa sebarang pertolongan, tetapi usaha tersebut gagal selepas bahu saya cram tengah-tengah tangga sambil menahan almari dari jatuh, sebab almari tuh ialah almari kawen along kalau jatuh pecah mesti rosak.

Jemay: Mende ape yang anda naaaaakkk sangat² makan time lapar? (sbb aku lapar ni)
Halim: Nak mintak belanja lah tuh, habis kan interview dulu baru makan, biasanya kalau lapar, saya akan mengidamkan nasik baryani bukhara kat belakang giant taman melawati, atau pasta yang lazat atau sushi yang puas hati, tetapi oleh kerana ianya agak mustahil untuk didapati, memandangkan saya menetap di Johor, memadailah saya mengidam nasik ayam penyek atau nandos atau ikan tempura emak atau donat big apple.

Jemay: Kalau anda dilahirkan kaya raya, siapakah yang anda akan sekarang?
Halim: Kalau?, nabi pernah bersabda janganlah kamu berkalau-kalau kerana syaitan suka dengan orang yang berkalau-kalau, lebih kurang bergitulah sabdanay, kalau saya jumpa hadis tuh nanti saya postkan kat blog saya, bagi saya memang tiada kalau, kerana semuanya sudah tertulis sebelum roh kita ditiupkan ke dalam jasad, tetapi kalau saya dilahirkan kaya, mesti lah saya besar 2 kali ganda, dan akan menetapi di Australia dan berkerja sesuka hati saya disana.

Jemay: Adakah anda rasa diri anda bijak dan genius? Sbb orang yang reti bercakap dalam 80 bahasa pon tak akan paham bahasa computer (computer language) ni.
Halim: Kadang-kadang en Jemay semua orang rasa diri dia genius tapi masalah nya bila kita rasa kita genius syaitan akan masuk kedalam hati kita, dan mulalah orang itu akan takabur, cakap besar, menepuk dada maka mulalah ego mereka menebal, ini biasanya terjadi kerada orang-orang lelaki, bagi saya en Jemay, saya takdelah pandai cakap 80 bahasa, cakap bahasa melayu pun tergagap-gagap jugak, ini kan nak takabur cakap genius, tapi setakat nih kesemua switch cisco yang saya sentuh semunya saya owned.

Jemay: Saya tahu anda sedang saving money. Untuk apa kah wang wang tersebut kalau anda sudi berkongsi cerita.
Halim: owh, mahal sungguh soalan anda itu en Jemay, memandangkan kebanyakkan hutang-hutang saya telah dilunaskan, berikut ialah senarai belanjawan untuk wang-wang saving tersebut:-
1. Bertunang
2. Kawen
3. Honeymoon kat Quennsland
4. Beli tanah
5. Beli rumah
6. beli kereta baru yang besar dan tinggi

Jemay: Orang yang anda saaaaangat benci??
Halim: Dirisendiri, bila malas.

Jemay: K _ r _ = Kari, T _ n d _ o r _ = ?? Hehehe sure ko tahu ni..
Halim: Kari yang palig sedap dimakan ialah kari yang dimasak oleh emak, kerana ianaya dimasak dengan kasih sayang dan tanpa santan, manakala tandoori yang lazat tentunya tiada di Malaysia, kerana selepas merasa tandoori wings di sebuah restoran masakan India Utara di West End, Brisbane tiada tandoori yang dapat merebut takhta tandoori tersebut, malang nya emak dan gelpren tak reti masak tandoori membuatkan saya terpaksa melepas kan gian di kedai-kedai mamak berdekatan.

Jemay: Halim, bangun! weh...tido plak...sian tak cukup tido la ni smalam keje keras..ok aaa sambung aa tido...dahtu sape nak anta aku ke setesen bus larkin ni?
Halim: boleh tak sedara jangan kacau orang yang sedang tidur, biadap tuh, takkan nak balik pun nak kena hantar, datang pandai, balik tak pandai pulak.

Halim terus melelapkan matanya seraya Jemay bangun dari kerusi plastik yang menyakitkan pinggul, dia kemudian cuba mengingati langkah-langkah lepas ke tempat interview, semoga allah membantu nya mencari jalan pulang.

2 comments:

tera said...

ah sudah. tandori la pulok. jemay, carik pasal la mung nih. dah kena pi ozi carik chef tandori tu ha. jangan dea balik india utara sudah.

-Azman Mashor- said...

ahahah nak wat camne kan? hehehe mmg die ni gile tandoori...haa kat msia tu ade Tandoori Payat...ajak la halem jumpe dia..neway, asalamualaikum salam kenalan..