Rasanya dah macam setahun aku tak tambah apa-apa kat ruang nih, modal tulisan pun asik datang dan pergi macam iklan biskut cokelat yang sedap, tapi tak sesedap kerja dan emosi roller coaster yang aku hadapi saban hari.
kerja aku takdelah stress sangat tapi berurusan dengan orang bodoh sombong boleh membuatkan semua benda mudah seperti kencing menjadi susah, tak minat jugak aku nak ceritakan kebodohan mereka disini, nasihat aku kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat atau bagi sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada mereka ialah, jadi lah pegawai yang baik, jangan malu untuk bertanya, rajin-rajinlah baa buku teks teknikal walaupun ianya tebal dan membosankan dan anda tidak sentiasa betul, memang betul anda ialah pelanggan kami tapi pelanggan biasanya salah, hanya dengan sebab itu lah perkataan "customers always right" wujud, kalau tak kerana jumpa benda-benda yang pelik dan menarik hari-hari, dah lama aku tinggalkan mereka dan mencuba nasib di tempat lain.
Biasanya bila waktu kerja tamat aku rasa macam sampah, dalam 5 setengah hari kerja, biasanya 3 hari ialah hari sampah, manakala hari-hari yang lain ialah hari produktif, cuma bulan ini rasanya adalah beberapa orang teknisen yang aku termarah sebab tahap kesampahan yang melampau, aku sendiri tak sangkan aku boleh buat macam tuh, walaupun proses meminta maaf telah berlaku, tapi aku rasa mereka tak pandang aku macam dulu.
Tiada cerita kekasih didalam posting ini, cuma kami sudah bosan tentang soalan "korang bila lagi ?", jadi untuk menamatkan rasa ingin tahu itu, inilah pembayangnya, tahun depan kami dah tak bujang.
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
FUH! Aku rasa mesti budak² ko tu mcm rasa nak terkucil kan? Pastu depa pandang ko kena tunduk, kangkang, ikut celah kangkang ;p weh, nanti update date yer...pembayang anda sungguh berbayang...
cubalah teknik belaian kasih sayang dr fadhilah kamsah. mungkin anda boleh menawan hati mereka semula.
tapi.
sungguh konpiden bayangan anda. adakah anda pasti anda tidak hanya terbayang-bayang?
biarkan mereka layan perasaan mereka, aku cuma amik hati family dan kekasih aje, musim-musim sekarang nih
a good posting for a stress job environment. setakat ni da beberapa org post isu yang sama..haih..tabahlah..
cam best jek citer ni... lebih best dari elizabeth wong ker?
ahaha kelakar...betul tu brader, keje jadi stress sbb bodoh sombong customer..kasik air jampi sket kat dia...aku senang hati dengar pembayang kamu tu...kompang!!
Post a Comment